Sekatan bagasi tangan Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006

United Kingdom

Penumpang-penumpang yang membuat perjalanan dari, ke, [39] dan melalui semua lapangan terbang UK yang lain dihadkan sementara waktu untuk membawa hanya barang-barang yang tersenarai dalam daftar yang amat terhad, dan ini juga harus dibawa dalam beg-beg plastik lut sinar. Tiada sebarang cecair dibenarkan bawa masuk ke dalam kapal terbang. [40][41] Ubat-ubat cecair, seperti untuk diabetes, diharamkan, "kecuali ditentusahkan sebagai tulen." Semua komputer riba, telefon bimbit, Game Boy, pemain audio digit dan alat-alat elektronik yang lain juga diharamkan. [42]

Barang-barang lain yang dibenarkan termasuk:

  • Susu bayi atau jus, jika membuat perjalanan dengan bayi (kandungan harus dirasa oleh pengiring dewasa di UK)
  • Paspot dan kertas-kertas rasmi yang diperlukan untuk penerbangan
  • Dompet kecil (saiz poket) dengan kandungan, tetapi bukan beg tangan
  • Kunci, tetapi bukan kunci fob elektronik
  • Produk-produk sanitari tanpa kotak untuk bayi dan wanita
  • Tisu-tisu tanpa kotak
  • Cermin mata tanpa sarung
  • Kanta lekap dengan kotak, tetapi larutan tidak dibenarkan.

Sekatan-sekatan ini juga merangkumi barang-barang yang dibeli daripada kedai-kedai tanpa cukai di dalam lapangan terbang.

Amerika Syarikat

Sekatan-sekatan kecemasan yang serupa juga dikenakan pada penumpang-penumpang penerbangan yang membuat perjalanan dalam dan dari Amerika Syarikat. Kini, semua cecair diharamkan, termasuk minuman, gel rambut, ubat gigi, lipstik, pelindung cahaya matahari, dan losen tangan, disebabkan kesangsian bahawa kimia-kimia cecair akan digunakan dalam serangan-serangan. [24] Peranti-peranti eletronik masih tidak dibenarkan dalam penerbangan-penerbangan dalam negeri sehingga diberitahu kelak. [43]

Rujukan

WikiPedia: Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006 http://www.cbc.bb/content/view/6845/10/ http://www.cbc.ca/world/story/2006/08/10/bombing-a... http://blogs.abcnews.com/theblotter/2006/08/explos... http://www.britishairways.com/travel/flightops/pub... http://www.chron.com/disp/story.mpl/ap/politics/41... http://edition.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/i... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://www.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/index... http://www.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.terr...